Cari Docktor

Cari Docktor

Privacy Policy

Halaman Utama / Privacy Policy
Personal Data Protection Policy (PDPA)

Tung Shin Hospital amat berdedikasi terhadap perlingdungan privasi andas selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia.

Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul

Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda:

  • Maklumat peribadi untuk menentukan identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, kewarganegaraan dan agama;
  • Maklumat komunikasi seperti alamat surat menyurat/pengebilan, nombor telefon, nombor telefon bimbit, dan alamat emel;
  • Maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kredit, temasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat surat; •Menyurat/pengebilan , tarikh luput kad dan lain-lain butiran akaun bank;
  • maklumat sensitif seperti keturunan bangsa atau etnik, agama atau kepercayaan lain, dan latar belakang kesihatan;
  • Kebiasaannya kami tidak mengumpul maklumat sensitif melainkan dalam keadaan yang yang sangat perlu dan tidak dapat dielakkan untuk memberi khidmat yang lebih baik dan memenuhi keperluan tertentu anda;
  • Rakaman imej anda melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di mana-mana premis kami;
  • Rakaman gambar anda ketika menghadiri mana-mana acara korporat kami ataupun hari terbuka pihak ketiga;
  • Rakaman panggilan telefon kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami;
  • Fungsi atau jawatan anda apabila memulakan hubungan perniagaan dengan kami;
  • Resume atau kurikulum vitae anda apabila memohon pekerjaan

Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web.
Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Jika anda berhasrat untuk mengakses data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami melalui kaunter pendaftaran hospital.

Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda

Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami. Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.

Jika anda ada sebarang persoalan, komen atau cadangan lain berkenaan Polisi ini, kami amat mengalu-ngalukannya.
Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Kami di pdpa@tungshin.com.my