Cari Docktor

Cari Docktor

Gambaran Keseluruhan

Sejak penubuhan kami pada tahun 1881, Hospital Tung Shin mempunyai akar umbi dalam masyarakat

disokong oleh masyarakat dan menyokong masyarakat sebagai balasannya.

Selain memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan holistik dan memperkasakan masyarakat dengan pendidikan kesihatan awam, kami memperluaskan misi kami dengan bangganya untuk merawat orang-orang yang terdiri daripada komuniti yang lebih luas melalui klinik amal.

Derma

Sertailah dalam usaha kami dalam meningkatkan kehidupan golongan yang memerlukan

Tung Shin adalah hospital yang dibina oleh komuniti dengan misi untuk memperkayakan kehidupan melalui rawatan perubatan. Sejak awal lagi, kami telah menerima pelbagai sumbangan dari dermawan, syarikat korporat, persatuan dan masyarakat.

Segala sumbangan yang diterima akan digunakan untuk menolong mereka yang memerlukan dengan pemberian subsidi perubatan, aktiviti amal dan memberikan rawatan pesakit yang lebih baik. Untuk sebarang sumbangan, sila hubungi Cik Lee Siew Choo di talian +603-2037 2282 atau e-mel ke donation@tungshin.com.y.

Kami sangat berterima kasih atas segala sumbangan dan sokongan terhadap Hospital Tung Shin.